Friday 20 January 2017

STESEN HIDUPAN LIAR GUA MADAI KUNAK

dear alls,

#23102016  

STESEN HIDUPAN LIAR GUA MADAI KUNAK




Latarbelakang

Gua Madai adalah merupakan sebahagian daripada banjaran bukit batu kapur yang terletak di dalam Hutan Simpan Madai Baturong, Kelas VI (Hutan Dara), Kunak. Menurut Seksyen 85(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, Gua Madai adalah tersenarai dalam Bahagian I Jadual 4, sebagai salah satu daripada gua-gua yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai hak warisan sesuatu komuniti. Kaum Idahan adalah merupakan suku kaum yang mewarisi hak untuk menuai sarang burung layang-layang di lubang-lubang batu di Gua Madai ini tertakluk kepada pembayaran royalty 10% kepada kerajaan. Gua Madai adalah merupakan salah sebuah gua warisan yang masih produktif dalam meghasilkan sarang burung layang-layang jenis hitam.

Musim Penuaian Sarang Burung Layang-layang

Pada setiap tahun, sebanyak tiga kali musim penuaian dijalankan di gua Madai. Musim Pertama (Musim Papas) biasanya antara bulan April dan Mei, Musim Kedua (Musim Penanggoh) diantara bulan Ogos dan September dan Musim Ketiga (Musim Penenging) di antara bulan November dan Disember pada setiap tahun. Sebelum sesuatu musim penuaian dimulakan pihak Jabatan Hidupan Liar dan Wakil-wakil dari Jawatankuasa Pewaris akan mengadakan pemeriksaan bersama dan berbincang mengenai tarikh nyang sesuai bagi memulakan sesuatu musim. Walaupaun perkara ini ditentukan secara bermesyuarat tetapi jabatan mempunyai kuasa untuk memutuskan tarikh-tarikh musim pemungutan yang difikirkan sesuai. Pada kebiasaannya musim penuaian akan berlangsung selama 30 hari atau satu bulan. Pihak jabatan juga bertangungjawab untuk memunggut bayaran royalty dalam bentuk sarang bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah.



Kemudahan Prasarana

Gua Madai kini boleh dihubungi dengan jalan raya berturap dengan jarak 13 km dari pekan Kunak dan 52km dari Bandar Lahad Datu. Persekitaran Gua Madai terdapat sebuah perkampungan orang Idahan yang bekerja menjaga gua semasa di luar musim penuaian. Sebuah Bangunan Pusat Pelawat telah siap didirikan pada tahun 2010 bagi memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat dan mengikuti program-program yang akan disediakan kelak. Kompleks Pusat Pelawat ini merangkumi sebuah bangunan Pusat Pelawat yang dilengkapi dengan kedai Cenderamata, Kantin, bilik Pandang-dengar, Tandas Awam, “Board Walk” sejauh 700 meter dan tapak letak Kenderaan.

Fee Masuk

Pada masa ini tiada fee masuk yang dikenakan kepada para pelawat oleh Jabatan Hidupan Liar. Walaubagaimanapun sekiranya pelawat ingin berjalan-jalan dalam kawasan hutan simpan selain daripada “Board walk” yang disediakan, kebenran bertulis daripada Jabatan Perhutanan hendaklah terlebih dahulu diperolehi.




No comments:

Post a Comment

7 SUMMIT INDONESIA #MOUNT RINJANI

GUNUNG RINJANI A Mount Rinjani trekking tour is not for novice hikers or casual travellers. But if you’re ready for an epic 3-day...