Tuesday, 7 March 2017

TONDUO RUN




  • trip to felda sahabat LD 05032017 - 06032017
  • gonna miss this moment
  • tanduo run, memory fun run 1313



Semangat menyertai larian Memory Run Tanduo 1313 memberi makna yang cukup besar bagi peserta yang menyertai larian tersebut.

Bukan sahaja dari sekitar kawasan Felda Sahabat dan seluruh kawasan Lahad Datu, malah larian memori Tanduo berjaya menarik perhatian pelari-pelari daripada luar Negeri seperti negeri Sarawak dan beberapa daerah di Sabah turut menghantar wakil peserta.

Ketua Penyelaras Memory Run Tanduo 1313, tahun 2017 Encik Yandi Merika berkata, anjuran larian ini di bawah kelolaan Sekolah Kebangsaan Sahabat dapat dijayakan dengan cemerlang dengan bukan hanya menarik peserta dari sekitar daerah malah, dari luar negeri dan Negara juga menyertai larian ini.




Katanya, penganjuran Program larian ini adalah untuk mengenang dan menghargai usaha wira-wira yang terlibat dalam Peristiwa Tanduo pada tahun 2013.

Selain itu juga, larian ini membuktikan pada masyarakat umum bahawa, Daerah Lahad Datu hususnya seperti kawasan Felda Sahabat dan kampung-kampung yang ada disekitarnya dalam keadaan aman dan harmoni.

Seorang peserta yang dikenali sebagai Eugerarad Eugene Chong , peserta berasal dari Kunak berkata, larian ini sangat memberi erti kepada beliau kerana Larian ini mengingatkan beliau kepada Peristiwa Tanduo yang merupakan Sejarah hitam yang berlaku di KampungTanduo.

Eugerarad berharap program ini diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan lagi semangat di dalam kalangan anak-anak muda terhadap Negara.






Mengupas sedikit mengenai Peristiwa Tanduo pada Tahun 2013, Nur Zulliana Kanang seorang Pendidik di Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan ,Tanjung Labian berkata keadaan sekarang jauh lebih aman berbanding pada 4 tahun lalu.

“Walaupun kejadian Tanduo pada ketika itu tercetus, kami sebagai warga pendidik tetap dengan semangat datang ke Sekolah,”katanya.

Nur Zulliana berharap agar, tiada lagi kejadian seperti itu terjadi dan memohon kepada pihak keselamatan meningkatkan lagi pengawalan terhadap kawasan itu

No comments:

Post a Comment

7 SUMMIT INDONESIA #MOUNT RINJANI

GUNUNG RINJANI A Mount Rinjani trekking tour is not for novice hikers or casual travellers. But if you’re ready for an epic 3-day...