Wednesday, 26 July 2017

7 SUMMIT INDONESIA #MOUNT KERINCI

GUNUNG KERINCI



Trip kali nie adalah menawan hati si kerinci. Gunung kerinci , adalah gunung berapi degan ketingian 3805mdpl yang merupakan gunung berapi tertinggi di Indonesia dan masih aktif. Gunung Kerinci ini terletak di area sumatra barat dan Jambi, Kali terakhir meletus pada tahun 2009 menurut penduduk kampung sekitar Gunung Kerinci.

Top Gunung Kerinci

Gunung Kerinci dari perkampungan 



    Persiapan dalam trip? Persiapan itu paling penting bukan setakat dari segi stamina dan mental tetapi peralatan dan barang keperluan haruslah lengkap. keadaan cuaca di sana agak lembab dan sejuk, barang keperluan mesti lah lengkap. 

   Persiapan tiket penerbangan adalah antara yang penting juga saya beli tiket ke padang terlebih dahulu domestic kemudiannya tiket penerbangan secara totalnya dalam 500MYR. 

flight booking number 
>>from TWU to KUL, (AK5741)  25/04/2017 departure 1900 arriving 2140
>>from KUL to PDG, MM9STK (AK403) pelepasan pada 27/04/2017 departure 0750 arriving 0800 
>>from PDG to KUL, XJGWYG perlepasan pada 04/05/2017 departure 0740 arriving 
>>from KUL to TWU,


Day 1: 25/04/2015
     Setibanya kami berdua (Saya dan Syabry) di Kuala Lumpur, dari Tawau. Kami berdua tumpang ruamah auntie saya di kajang bandar teknologi semalam . Kami bercadang untuk hiking ke bukit Broga dan air terjun Takala esok hari. Saya contact kawan yang saya kenal melalui Facebook, tidak pernah bersemuka (Amsyar Johari). Amsyar bersetuju ingin memberi tunjuk jalan ke broga dan air terjun takala.

Loc: Tawau airport, AK5741 1900 ke Kuala Lumpur. (Syabry)


Day 2: 26/04/2017
       Kami berdua bagun seawal pagi dengan semagat, namum ada perkara yang tak di igini berlaku terpaksa mencari iktiar lain. saya menyewa sebuah kereta Axia flat number WB5313W (0193328243) contact number beliau sebagai rujukan. Ini la kali pertama saya drive kat bandar besar dengan keadaan yang berbeza dengan di sabah. kami gerak tengah hari 1100 atas perkara tertentu. kami berdua mencari rumah Amsyar sekitar bangi dengan mengunakan location yang telah di berinya. perjalanan ke broga dan air terjun takala di guide oleh amsyar. :) He is the best friend ever thanks a lot Am. 

Air terjun sungai takala, semenyih

Tiba di sungai takala, semenyih. kami tidak mensia-sia kan masa kami berada di sana. kawasan reakrasi itu sunguh indah airnya yang bersih bunyi hutan yang merdu dsn udaranya yang nyaman. Selesai sungai takala kami meneruskan perjalanan ke Bukit Broga, semenyih juga tidak jauh dari sungai takala. Bukit broga degan ketingian 400mdpl degan jarak 1.7KM. 
Loc: Bukit Broga, Semenyih, Selangor 26/04/2017


keadaan embun yang tebal, udara yang segar dan sejuk. cuaca yang tidak tentu tetapi aktiviti petang itu di teruskan degan pendakian bukit broga bersama sahabat saya..




Loc: puncak bukit Broga, semenyih.
dari kanan syabry, sharin dan amsyar

Loc: Taman Reakrasi Sungai Tekala, semenyih
dari kiri Amsyar, Saya dan Syabry.


     Selesai memenatkan kaki di bukit Broga kami ke rumah Amsyar sebelom ke rumah untie untuk mengambil luggage. sebelum ke KLIA2, Amsyar membawa kami berdua untuk diner terlebih dahulu. Makanan yang di hidang sudah habis di jamah Amsyar menghantar kami berdua ke KLIA2 kemudian mengembalikan kereta sewa tersebut. cost hangus kereta sewa 60MYR minyak 50MYR.

     Kami berdua stay di airprt sehinga pagi kerana penerbangan kami agak awal. Sebelum ni berdua punya cerita kali ni bertiga bersama Reasya ( kawan Syabry) first time juga jumpa. kami stay sampai ke pagi.


Loc: KLIA2, passport berserta tiket penerbangan ke  PDG.

Loc: 7Eleven KLIA2,

layan coffee, malang tidak berbau tetapi kami yang berbau kerna belum mandi akhirnya coffee tumpah di baju cc: Syabry.


Day 3: 27/04/2017
       Siap check in luggage kami menunggu di gate pelepasan, dengan flight AK403 ke Padang indonesia. Setibanya kami di airport minangkabau, padang indonesia, Jet serta rakannya menyambut ketibaan kami di balai ketibaan. 

Balai ketibaan minag international airport padang indonesia.

      Selesai collect luggage, buang apa yang patut kami di bawa ke sebuah kedai makan untuk breakfst. tak pasti ni breakfast ka lunch. makanan sini ? jangan risau makanan sini banyak pilihan mengikut citarasa masing- masing, selesai saja melantak kami di bawa pula ke toko2 outdor dan singah di persisiran pantai berdekatan dengan bandara . Kami menunggu ketibaan penerbangan seterusnya dari kuala lumpur, sambil menunggu kami menyelam.






The gate way of indian ocean.

         Setelah kesemua para pendaki tiba dengan selamat ke padang negeri yang cukup indah tetapi agak warming, perjalanan kami diteruskan ke bukit tinggi, bukit tinggi terkenal dengan tempat jualan cendera hati Pelancong yang datang ke padang tidak akan melepas kan peluang untuk ke sini. bukit tinggi pernah menjadi ibu kota indonesia pada pemerintahan darurat Republic Indonesia, juga kota kedua terbesar di sumatra barat. Kota tinggi terletak pada rangkaian pergunungan, seperti  gunung singalang dan gunung marapi. Di bukit tinggi kami singah di beberapa tempat antaranya air terjun anai, Jam Gadang dan Gunung marapi. 

Air Terjun Anai, bukit tinggi.



     Cerita Gunung Marapi, pendakian yang mulanya dikatakan day pack berakhir dengan tragedi, lelap kat treak kerana keletihan. Sangat mengelikan hati, siap tidur berlantaikan tanah yang berbau sulphur dan beratapkan bintang di langit. pendakian gunung Marapi di temani dengan cuaca buruk. hujan renyai membasahi kami semua, namun semagat kami untuk meneruskan pendakian gunung marapi. 

Day 4: 28/04/2017



Perjalanan ke puncak marapi di teruskan lagi, kira-kira jam 0840 kami sampai di puncak marapi. sesi bergambar kian rancak ketika ini,perasaan ketika ini hanyalah kepuasan, kegembiraan. semuanya tak terungkap hanya senyuman yang dileperkan ketika menghadap camera.


Gunung Marapi



      Tugu Abel Tasman, yang wafatnya 5 july 1992 menjadi tanda gunung marapi. Berbekalkan KFC, tenaga cukup untuk kembali ke kaki gunung marapi. Pendakian yang malam mulanya langsung tak kelihatan apa pun kini  terang ketika menuruninya pabila menghayati trail tak sangka boleh tidur on trek sebegini, nak gelak nanti dikata gila hanya mampu senyum ini lah pengalaman namanya.





Gunung Marapi. with Reasya

puncak gunung Marapi, Bukit Tinggi.





Tiba di kaki gunung, kami membersihakan diri dan sarapan sebelum menuruskan perjalanan. Mandi kat public pun jadilah asal selesa, air tangkinya yang sejuk tapi menyegarkan. selesai makan kami meneruskan lagi perjalanan ke main trip Jambi, untuk menawan hati si Kerinci. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 jam dari Bukit Tinggi. lelap kan mata dan selamat malam.




Day 4 : 29/04/2017
Setiba di Jambi, kami rehat seketika tuk mengembalikan tenaga. Kena charge sebab lowbat. Paginya kami sarapan, sarapan pagi di sediakan oleh pihak home stay, di tambah lagi view gunung kerinci dan lading teh Jambi yang sangat luas. Semua tanpa henti menekan punat capture telefon dan camera meraka termasuk lah saya. 


           Ladang teh jambi adalah yg terbesar di dunia,, udaranya yang segar dan seju. Saya menhayati suasana ini, betapa indahnya ciptaanNya. 


Danau Kaco, Jambi

           Cuaca tidak menyebelahi kami, aktiviti hari ini adalah Danau Kaco,cuaca agak mendung dah berangin. Aktiviti di teruskan. Perjalanan dari pintu utama Danau Kaco ke Danau Kaco mengambil masa kira-kira 2jam lebih dalam 9KM. Perjalanan kami agak slow di sebabkan cuaca hujan ditambah lagi keadaan trail yg lecak. Selain itu pendaki-pendaki yg penuh dengan soalan melambatkan lagi pergerakan, sepanjang perjalanan macam – macam yang nak di persoalkan. 9KM itu, kami kena tracking, crossing river,trail yang licin dan becak. Sampai ke destinasi semua pendaki menikmati ciptaanNya yg betul-betul luar biasa, air dabau yang biru memang awesome. Selesai mandi dan sesi photographer, kami balik ke pintu utama dengan melalui trail yang sama. Sampai gate bersihkan diri, salin pakaian sebelum balik ke home stay. Setelah selesai kami meneruskan perjalanan, dan dingah sebentar untuk diner di pekan kerinci. Selesai aktiviti tuk hari ni. Jom tidur...














Day 5: 30/04/2017


pintu gerbang, wisata alam gunung kerinci, jambi


   Hari yang dinantikan akhirnya telah tiba, pagi yang ceria, semua pendaki sangat bersemangat, senyuman yang terukir menerangkan semuanya, termasuk saya. Seawal pagi membersihkan diri sebelum bergerak ke kaki gunung kerinci mengunakan pacuan empat roda yang telah di sediakan untuk kami. Pagi ini kami breakfast nasi goring di gandingkan dengan teh kayu aro yang hangat, setelah itu kami kami bergerak kekaki pergunungan. Kira-kira 2KM dari home stay. Ketika di kaki gunung kami bertemu dengan penduduk di sekitar situ bersama anak beliau ( Pelangi ) namanya yang indah se indah wajahnya, mereka sedang bersiar – siar mencari monyet. Pendakian di mulai ke pose 1, pose 2, pose 3 dan shelter 1. Di shelter 1 kami singah untuk makan, tiba di shelter 1 kira-kira jam 13:00. Makanan guide yang sediakan, kat shelter 1 tempat persingahan para pendaki yang naik mahupun turun untuk menghilangkan lelah, 


 Eguana jadi rebutan, di jadikan model yang tidak berbayar.

       Kami meneruskan pendakian ke shelter 2, trek ke shelter 2 agak licin dan lecak, namun para pendaki tidak putus asa senyuman d bibir kian pudar di setiap pendaki,malah berganti dengan wajah yang serious. Setiba di shelter 2 1700 kami berehat sebentar untuk mengembalikan tenaga yang sudah hilang. Setalah itu kami melanjutkan lagi pendakian ke shelter 3. Kerana takut kemalaman ke shelter 3. Trail ke shelter 3 agak sukar, 90 degree, lubang tikus, laluan licin , akar kayu yang memerlukan stamina yang kuat jika tidak padah yang akan menanti para pendaki. 1800 







        tiba di shelter 3, khemah memang sudah tersedia rapi hanya tingal baring. Air panas juga di sediakan jajan di bekalkan kepada para pendaki. Setelah menghabiskan suapan makan malam yang terakhir semua pendaki tidur sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi. Good night.......


Day 6: 01/05/2017

       Seawal paginya kami semua persiapkan diri, selesai siap menghabiskan teh panas yang di hidang kan oleh para guide kami mula berkumpul di kawasan lapang untuk taklimat kesalamatan. kami di beri taklimat mengenai kesalamatan pendakian kerinci oleh ketua guide, selesai taklimat semua pendaki bergerak mengikut aliran pendakian. 


01/05/2017 0650 tiba di tugu yudha

sunrise yang dinanti akhirnya muncul, semua pendaki menjadi sibuk. sibuk selfie dan sesi photographer.

PENDAKI SABAHAN
dari kanan saya, suparman, reasya dan syabry


    Summit 3805mdpl, 01/05/2017 0710.  tapak kaki berpijak di bumi yang nyata. tarikh dan waktu ini akan menjadi kenangan yang tidak akan di lupakan hingga penghujung hayat. kenangan terindah buat saya..


    Kami bergerak turun semula ke shelter 3 untuk sarapan pagi, kemudian packing barang untuk kembali semula ke point asal pendakian kerinci.

01/05/2017 1010, loc shelter 3

   Semasa meneruni alur, cuaca menceburui kami. hujan lebat membasahi bumi. semakin hujan lebat begitu juga langakah saya.   

Day 7: 02/05/2017

       Danau Gunung Tujuh merupakan Danau yang terletak di Kabupaten Kerinci, Jambi. tepatnya di Desa Pelompek, Kecamatan Kayu Aro. Danau ini berada di kawasan Gunung Tujuh, sebuah gunung yang berada tepat di belakang Gunung Kerinci. Gunung Tujuh masih termasuk dalam wilayah Taman Nasional Kerinci Seblat yang merupakan Situs Warisan Dunia UNESCO. Bagi pendaki gunung, Kerinci mungkin menjadi tujuan utama karena gunung tersebut merupakan gunung aktif tertinggi di Indonesia [3805 mdpl], namun bagi wisatawan yang ingin sekadar menikmati keindahan alam Kabupaten Kerinci, Danau Gunung Tujuh bisa menjadi pertimbangan sebagai tujuan wisata. selain memiliki panorama alam yang menakjubkan, jalur yang dilalui juga jauh lebih mudah daripada Gunung Kerinci. Danau Gunung Tujuh juga merupakan salah satu Danau tertinggi di Indonesia, Danau ini berada di ketinggian 1.950 meter di atas permukaan laut dan merupakan danau yang berada diketinggian nomor dua di Indonesia setelah 13 Danau-danau kecil yang terdapat di Gunung Talamau Sumatera Barat di ketinggian 2750 m dpl. Dengan ketinggian hampir 2 kilometer dpl itu bisa dibayangkan betapa dinginnya air Danau Gunung Tujuh di pagi hari. Meskipun begitu, berendam di Danau Gunung Tujuh dengan air yang sangat dingin menjadi tantangan sendiri bagi para pendaki.




     Selain sebagai tempat wisata, Danau Gunung Tujuh juga di gunakan penduduk lokal sebagai sumber mata pencaharian, beberapa masyarakat lokal berprofesi sebagai Nelayan dan mencari ikan di danau tersebut. jika kita berkunjung ke Danau Gunung Tujuh kita bisa menyewa Sampan nelayan dan mendayung menjelajahi luasnya danau.





   Sesuai namanya danau ini dikelilingi oleh tujuh gunung, yaitu Gunung Hulu Tebo (2.525 mdpl), Gunung Hulu Sangir (2.330 mdpl), Gunung Madura Besi (2.418 mdpl), Gunung Lumut yang ditumbuhi berbagai jenis Lumut(2.350 mdpl), Gunung Selasih (2.230 mdpl), Gunung Jar Panggang (2.469 mdpl), dan Gunung Tujuh itu sendiri (2.735 mdpl). Di beberapa gunung ini terdapat sumber air, yang menyebabkan air di danau ini tidak pernah habis.

   Pendakian dari gerbang pos Taman Nasional Kerinci Seblat sampai Danau Gunung Tujuh memerlukan waktu dua sampai tiga jam. Dari gerbang pos Taman Nasional Kerinci Seblat, ada dua pilihan jalur pendakian. Jalur pertama, lebih landai namun jarak tempuhnya lebih jauh dan jalur kedua, memiliki tanjakan yang curam namun jaraknya lebih dekat. Kedua jalur itu akan bertemu dan setelah itu para pendaki harus melewati jalur menurun yang cukup tajam yang akan sampai di tepi Danau Gunung Tujuh. Dari situ, para pendaki dapat langsung melihat danau tertinggi di Asia Tenggara itu.




No comments:

Post a Comment

7 SUMMIT INDONESIA #MOUNT RINJANI

GUNUNG RINJANI A Mount Rinjani trekking tour is not for novice hikers or casual travellers. But if you’re ready for an epic 3-day...